Jumaat, 25 November 2011

Fashion show

Hari sabtu nie ada "Asian Bazaar" , tau kan asian bazaar tu apa? kalau tak tau Intan nak bagi tau (: "Asian Bazaar nie macam jual² makanan kat satu tempat nie, semua "asian" akan jual kat sana nanti, seperti... Chinese, Japan, Philippine, Indonesia, and especially Malaysia. 

Asian Bazaar nie start pada pukul lapan pagi, maybe. Kita orang akan gerak dari rumah pukul tujuh pagi, satu jam sebelum start, yela nak prepare kan semua barang yang nak dijual kan, so, kene lah awal sikit.

Pukul sebelas pulak, kita orang ada "Fashion show" . Kita orang kene masuk, sebab "Embassador" suruh. Actually malas sangat nak masuk. Sebab dulu pun dah masuk "Catwalk" . Intan rasa malu, and keras giler kat atas pentas tu. Tapi nak wat macam mana, kalau tak masuk kang memekak pulak "nenek tua" (Embassador) tu. So, masuk jela. Kalau dulu kita orang Catwalk jew. Kali nie Catwalk and Dance. aduh!!! macam² lah pulak, dance lah ape lah, dah lah badan keras gile, memamg keras lah kan umur dah enam belas baru nak menari, sah² macam kayu lah kan.

Habis jew "fashion show". Time to carik "MONEY" . hahaha. Tolong mama jual makanan. mama kata kalau untung mama divide kan duit tu. Spe yang tolong jela.. So, kene tolong nie.. (: then duit tu kita orang akan SHOPPING !!! (:

So, guys wish me luck for fashion show. And jangan lupa siggah di gerai kami. (:

Malaysian food is the best ever !  ;)

Rabu, 23 November 2011

Waiting for December

First of all, december 1st aku dah abis sekolah, bukan lah dah abis, tapi b'henti.. hihihi *ayah ada tanya bulan 12 nie nak sekolah tak? aku pon jawab dengan pantas, Tak nak ! ummm, bukan pe, sejak aku masuk "high school" nie, banyak bende kene buat, "setiap bulan" ada exam, then cikgu pun mintak buat project, setiap kali ade exam, mesti ada jew.. project kne buat * perhh! tak pedih pulak otak aku kan.. hampir semua subject jugak la, cikgu mintak wat project, lepas satu² kene buat. So, intan amik keputusan intan tak nak sekolah december nie, ala.. bagus jugak intan tak masuk sekolah december nie, tak yah bayar yuran.. dah lah kalau bayar yuran, kene bayar sebulan terus, intan ada kat mexico nie pun sampai december 12th jew. so, wat pe nak masuk kan.

So, nampak gayenye december nie Intan free la.. HOPE SO ! (:

Khamis, 10 November 2011

ღ WHEN A WOMAN CRYING ღ




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...